SERI MAYANGSARI

Kesenian Kuda Kepang & Tarian Jawa. Bertempat di Singapura. Mengadakan latihan mingguan di Balai Raykat Ayer Rajah. Sebarang pertanyaan atau tempahan amatlah dialu-alukan. "Goreng Pisang Goreng Keledek. Kuda Kepang Pandai Gelek."

Monday, December 18, 2006

Pengkhianat Ada Dimana-Mana...


Perkataan pengkhianat itu datangnya dari kekata khianat.

Menurut kamus, maksud pengkhianat ialah orang yg berbuat khianat; orang yg tidak setia; pembelot.

Sound harsh isn't it? But well, itulah realiti.

Hidup kita ini penuh dengan pengkhianat disekeliling... Sama ada di tempat tugas (teman sekerja), di rumah (famili. tak mustahil tau!), di dalam kumpulan kesenian tidak terkecuali...

Perasaan khianat bergolak disebabkan perasaan hasad dengki yang bergolak di dalam hati. Ia boleh tercetus bila seseorang itu rasa diri telah ditindas terlalu lama sehingga dia sudah tidak sanggup lagi, atau kerana dia berkeinginan mencari peluang yang lebih baik, atau kerana seseorang itu ingin mendapat kesenangan dengan cara yang cepat dan mudah dan bermacam-macam alasan yang lain... Pendek kata bila dihati dan minda seseorang itu sudah bersarang perkataan khianat, dia lupa segala-gala yang telah si "penerima khianat" itu lakukan untuk nya pada masa lampau. Maka jadilah dia seperti kata pepatah Melayu lama


"Kacang Lupakan Kulit"

The traitor has forgotten who help him when he's down on his luck.
The traitor has forgotten who lift him up when he's down.
The traitor has forgotten who accept him as he is when he was discarded away.
The traitor has forgotten who he's once called a friend/family.

Jadi, apa yang harus kita panggil/gelarkan orang seperti ini???
Hmmm... Entahlah...

Lagi satu, bila si pengkhianat itu bertemu dengan orang yang telah beliau khianati itu lagi, apa kah perasaannya? Malu? Segan? Takut? Atau biasa-biasa saja dan buat bodoh seperti tiada apa-apa yang berlaku?

I guess, before being a traitor, the person got to learn to be thick skin first hor! Hahaha...

Agak-agak, ada ke pengkhianat dalam SERI MAYANGSARI ehk? Rasa-rasanya macam dah nak ada tapi entahlah... ('?')

Semoga Allah melindungi kita semua. Insya Allah.

Amin.




Tuesday, December 12, 2006

Ingin Membuat Tempahan?!?

KAMI SEDIA MENYERIKAN MAJLIS ANDA...
Hubungilah untuk membuat pertanyaan...

Video Klip Seri Mayangsari!