SERI MAYANGSARI

Kesenian Kuda Kepang & Tarian Jawa. Bertempat di Singapura. Mengadakan latihan mingguan di Balai Raykat Ayer Rajah. Sebarang pertanyaan atau tempahan amatlah dialu-alukan. "Goreng Pisang Goreng Keledek. Kuda Kepang Pandai Gelek."

Tuesday, October 17, 2006

Undangan


SERI MAYANGSARI telah mendapat undangan untuk bermain di salah satu hotel terkemuka di ibu kota Singapura ini tapi nampaknya, kami harus beralah dan melepaskan peluang keemasan ini kerana jadual waktu persembahan yang dipinta tidak dapat kami penuhi...

Maklumlah, anggota kumpulan kami adalah pekerja & juga pelajar. Masing-masing mempunyai komitmen tersendiri pada hari Isnin hingga Sabtu...

Untuk membuat keputusan ini pun bukanlah mudah. Tugasan ini adalah tugasan yang berat. Kami tak mahu ambil risiko jika ada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Kami harus berbincang dengan setiap anggota
SERI MAYANGSARI. Setelah itu, dengan sebulat suara, kami memutuskan untuk menolak tawaran itu. Kami juga tidak mahu memberi masalah kepada pihak hotel jika disaat-saat terakhir, kami mempunyai masalah untuk membuat persembahan. Kecoh jadinya nanti. Ia boleh menjejas nama pihak hotel & juga nama kumpulan kami yang telah kami bina selama lebih dari 10 tahun ini...

Namun, alhamdulillah, pihak hotel itu juga sudah mendapat pengganti kami...
Semoga acara yang akan mereka bentangkan akan berjalan dengan lancar... Insya-Allah...
All the best to you GCW...

Well,
SERI MAYANGSARI ...
Rezeki seterusnya ada dimana-mana. Insya-Allah... peluang yang sesuai untuk kita akan tiba lagi... :>

Oh by the way,
Members-members semua...
Jangan lupa, nanti lepas raya turun training kerana kita ada undangan persembahan di salah sebuah kelab masyarakat pada 11/11/06 ni...

Untuk semua....


Selamat Berpuasa & Eid Mubarak...
Maaf Zahir Batin...


Yang Benar,

Co-Ordinator
SERI MAYANGSARI