SERI MAYANGSARI

Kesenian Kuda Kepang & Tarian Jawa. Bertempat di Singapura. Mengadakan latihan mingguan di Balai Raykat Ayer Rajah. Sebarang pertanyaan atau tempahan amatlah dialu-alukan. "Goreng Pisang Goreng Keledek. Kuda Kepang Pandai Gelek."

Tuesday, June 20, 2006

Heran...


Tak faham... Sungguh aku tak mengerti...

Kenapa orang selalu berkata yang permainan kuda kepang ini syirik? Terutama sekali yang bersangkutan dengan menurun.

Kesenian Jawa ini yang suatu ketika dulu amat diminati dan dianggap kesenian yang tinggi oleh masyarakat setempat, semakin lama semakin dilupai. Ia seperti semakin luput di zaman kemodenan ini. Kenapa agaknya eh...

Kebanyakkan ibu-bapa sekarang tidak mahu membenarkan anak-anak mereka menyertai kumpulan kuda kepang. Alasan mereka, "Melanggar akidah Islam!"

Tapi... cubalah kita amati betul-betul...
Pernah tak kalian nampak anak-anak bangsa Melayu kita bermain Tarian Naga Cina, menganggotai band untuk perarakkan kematian Cina dan lain-lain lagi? Tentu pernah kan? Is that OK? Adakah itu dikira tidak bertengtangan?

Apabila diketahui bahawa disesuatu majlis itu ada pertunjukkan Kuda Kepang, mesti disekeliling kawasan itu penuh dengan penonton. Yang diundang untuk majlis itu dan juga yang tidak menerima undangan, semua datang. Ada yg duduk di tangga blok, ada yang sedang menyangkung dan ada pulak yang siap bawa tikar mengkuang galaknya macam nak pergi berkelah di tepi pantai pulak! Ada juga yang sanggup berdiri sampai berjam-jam semata-mata hanya untuk menyaksiakan persembahan menurun yang disajikan oleh kumpulan kuda-kepang itu.


Jadi... soalan yang ingin diutarakan ialah...

i.) Jika dikatakan permainan kuda kepang itu syirik, kenapakah anda turut
menyaksikannya? Ikut terkejar-kejar kemana saja si pemain kuda tu pergi. Pelik eh...

ii.) Mengapakah ibu-bapa tidak membenarkan anak-anak mereka menyertai kupulan k
uda kepang tapi mereka tidak keberatan jika anak-anak mereka memasuki kegiatan lain seperti Tarian Naga Cina.

iii.) Tidakkah anda terfikir, daripada anak-anak muda kita tu hanyut dibawa arus
keburukkan seperti yang kita saksikan didalam drama berseri HANYUT, bukankah lebih baik jika mereka mempunyai kegiatan untuk mengisi masa lapang mereka itu?

Heran...

Cuba beri komen sikit...

1 Comments:

  • At 2:06 PM, Anonymous Anonymous said…

    Dlm akidah memang ditegah melakukan kemungkaran. Tapi apa yg ditulis disini memang ada benarnya juga. Kalau anak Islam kita boleh ikut kumpulan Cina M**p*s tu, macam mana pula cerita tu? Jadi, terserahlah pada diri seseorang itu sendiri untuk menilai...

     

Post a Comment

<< Home