Kuda Kepang...
Kesenian Kuda Kepang atau Kuda Lumping, adalah sebuah tarian kepahlawanan yang berasal dari tanah Jawa Indonesia. Ia amat diminati dan dikagumi oleh orang-orang disana hingga ke hari ini. Bila Kuda Kepang ini dimulakan, tiada siapa yang tahu. Kononya, Kuda Kepang dicipta sempena dengan usaha Wali Songo yang bermaksud Sembilan Wali untuk menyebarkan agama Islam ke kampung-kampung pendalaman. Pada ketika itu, mereka menaiki kuda sebagai cara pengangkutan mereka.
Permainan yang mencerminkan perjuangan didalam peperangan ini telah disebarkan oleh rakyat Indonesia yang berasal dari Jawa ke Tanah Melayu contohnya di Malaysia dan Singapura ketika mereka bermaustatin ke sini. Kesenian yang lebih banyak menekankan pada kekuatan supernatural dan mistik ini, kini berkembang hanya sebagai bentuk hiburan di majlis-majlis keramaian contohnya di majlis perkahwinan, majlis berkhatan dan sebagainya.
Pengaruh Jawa didalam permainan ini dapat dilihat dengan ketara pada pakaian dan perhiasan diri yang dipakai oleh penari-penari lelaki dan wanita. Contohnya, mereka memakai selendang, bengkong, brangkon dan lain-lain lagi. Mereka menari mengikut irama bunyian dari pada alat-alat Gamelan atau juga dikenali sebagai Karawitan dan menunggani kuda-kuda buatan buluh dan papan.
Alat-alat Karawitan atau pun Gamelan yang menghasilkan bunyi-bunyian merdu untuk permainan Kuda Kepang ini terdiri daripada Saron, Bonang, Kendang, Goong dan lain-lain lagi. Ia biasanya diperbuat daripada logam, bamboo, kulit, kayu dan sebagainya. Gamelan bukan saja dapat mengiringi permainan Kuda Kepang bahkan kita juga boleh menghasilkan lagu-lagu rakyat kita contohnya lagu Geylang Si Paku Geylang dan Lenggang Kangkong.
Selain daripada tarian kuda yang juga dikenali sebagai tarian Kiprah, Kuda Kepang juga mengandungi tarian menggempur dan tariaN serimpi yang biasa dipersembahkan semasa upacara diraja atau dikraton.
Seri Mayangsari pula telah ditubuhkan pada tahun 1990 oleh seorang lelaki keturunan Jawa iaitu Allahyarham Lek Matob. Buat masa ini, Seri Mayangsari dianggotai oleh 30 orang ahli lelaki dan wanita yang berumur diantara 10 hingga 45 tahun. Matlamat kumpulan kami adalah untuk memperkenalkan dan memperjuangkan kesenian ini kepada generasi muda kita agar seni ini tidak luput ditelan zaman kemodenan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home