SERI MAYANGSARI

Kesenian Kuda Kepang & Tarian Jawa. Bertempat di Singapura. Mengadakan latihan mingguan di Balai Raykat Ayer Rajah. Sebarang pertanyaan atau tempahan amatlah dialu-alukan. "Goreng Pisang Goreng Keledek. Kuda Kepang Pandai Gelek."

Wednesday, June 14, 2006

Tarian Serimpi persembahan Seri Mayangsari


Seni tari adalah sebuah karya seni. Tari dalam ruang tata lingkup seni akan memancarkan warna para pencinta dan penciptanya, sebagai pengalaman jasmani dan rohani yang akan menyentuh perasaan manusia yang memahami erti disebalik tari yang dipersembahkan dihadapan mata.

Seperti yang kita ketahui, bahawa substansi baku dari tari adalah gerak, tetapi kerana tari itu adalah seni, maka gerak itu bukanlah gerak sehari-hari atau gerak sebagaimana layaknya manusia hidup yang dapat bergerak akan tetapi, gerakkan tari adalah gerak yang diproses sedemikian rupa sehingga mampu menggugah perasaan manusia. Ia distilisasi, dipehalusi dan diperindahkan lagi sehingga melahirkan gerak yang melodis, cantik dan indah.

Di Indonesia, gerak tari dibahagikan kepada 3 kategori. TARI UPACARA, TARI HIBURAN & TARI PERTUNJUKKAN.

Tarian Serimpi pula dikategorikan sebagai TARI PERTUNJUKKAN. Ia juga merupakan sejenis tarian kraton yang tentunya dianggap sebagai tarian yang sangat sakral pada setiap persembahkan untuk upacara di raja. Contohnya, ia dipersembahkan semasa hari penobatan diraja, kelahiran putri mahkota dan juga perkahwinan di raja kraton.

Bukan sembarangan orang diberi penghormatan untuk mempelajari tarian serimpi. Ini adalah kerana tari serimpi biasanya bersembunyi di dalam lingkungan gerbang-gerbang dan tembok-tembok tinggi istana atau kraton. Hanya beberapa gadis cantik saja yang terpilih untuk diajari gerak tari ini dan mereka akan selalu dijaga dilingkungan istana. Apabila para penari diperintahkan oleh raja untuk menari, mereka harus melakukannya dengan segera dihadapan raja mahupun para tetamu raja.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home